Monday, June 20, 2016

5 Masalah Kulit Wajah Yang Popular

Hai!

5 Masalah Kulit Wajah yang sangat POPULAR dikalangan kaum perempuan, adik-adik, gegurl sekelian.

Pssstt...actually, bukan perempuan je. Lelaki pun sama kan...

Jom tengok apa masalahnya dan apa solusinya. Mungkin boleh membantu anda. Semoga bermanfaat!

1. Jerawat

Jerawat merupakan sejenis keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti dengan bakteria, membengkak, dan isi dengan nanah. Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu atau dimana-mana bahagian kulit yang berminyak.

Antara punca jerawat terhasil disebabkan oleh jangkitan bakteria, pemakanan, toksin berlebihan dalam badan dan gaya hidup individu tersebut. Justeru itu, anda disarankan untuk sentiasa mencuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan jangkitan. Amalkan pemakanan yang sihat dan cuba elakkan makan makanan yang bergoreng. Sentiasa menjalankan detosifikasi untuk membuang toksin berlebihan dalam badan.


2. Blackhead & Whitehead

Blackhead & Whitehead pada dasarnya terjadi disebabkan liang roma tersumbat oleh sel minyak dan sel kulit mati.

Blackheads terbentuk apabila liang tersumbat dengan sel-sel minyak dan kulit mati, tetapi tetap terdedah dengan udara dipermukaan kulit. Pendedahan terhadap udara menyebabkan kulit teroksida dan menjadi gelap, memberi cela pada kulit dengan kemunculan bintik hitam.

Seperti Blackhead, Whiteheads juga disebabkan oleh liang yang tersumbat. Tetapi liang disekat sepenuhnya dan tiada udara boleh masuk kedalam folikel kulit. Serpihan yang terperangkap dalam liang kekal putih, atau dalam beberapa kes kekuningan. Ianya cenderung untuk menjadi lebih besar, lebih bengkak dan sedikit lebih sensitif daripada Blackheads.

Blachkead & Whitehead boleh dirawat dengan mengenakan masker dimuka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Selain itu, penggunaan make-up remover sebelum mencuci wajah juga turut membantu masalah ini. Gunakan krim atau pelembab bebas minyak untuk mengelakkan produksi minyak berlebihan dimuka. Jika muka sangat teruk dan sensitif, boleh juga rujuk ke pakar kulit untuk rawatan lanjut.


3. Pigmentasi

Pigmentasi adalah ketidaseimbangan warna kulit seperti bintik hitam, warna gelap disesetengah kulit, terjadi disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan oleh sel kulit. Pigmentasi biasanya disebabkan oleh pancaran matahari, kekurangan nutrisi untuk kulit dan kadangkala terjadi kepada ibu hamil.

Sapukan krim UV apabila keluar rumah sebagai perlindungan kulit dari terkena pancaran matahari.


4. Kedutan
 
Kedutan biasanya dikaitkan dengan penuaan. Semakin lanjut usia seseorang itu, semakin kurang penghasilan kolagen dalam badan. Kolagen bertindak sebagai elemen yang membantu menegangkan kulit. Kedutan juga boleh berlaku disebabkan oleh gaya hidup seperti terlalu banyak merokok, tidur yang tidak cukup, keturunan dan juga pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.

Kedutan boleh dikurangkan melalui pemakanan seperti pengambilan kolagen & antioksidan. Krim pelembab dan treatment anti-aging juga boleh membantu masalah ini.


5.  Kulit Kusam

Letih, kurang tidur dan stress mendorong kulit wajah anda menjadi kusam dan tak bermaya. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan tubuh cukup bendalir untuk meberi tenaga, dan menyerap nutrisi makanan. Amalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan multivitamin sebagai penggalak tenaga. Jadualkan waktu kerja harian supaya tidak mengalami tekanan dan mendapatkan tidur yang cukup.

Nak panduan kulit wajah cantik dan sihat?



Apa kata dapatkannya DISNI :)

Sekian,
Kakak Cantik

No comments:

Post a Comment